Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) memaklumkan dua kluster diisytiharkan tamat pada hari ini iaitu Kluster Embun dan Kluster Bah Tanjung.
Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, tiada kes kematian yang dilaporkan daripada kluster tersebut.
Sementara itu, Dr. Noor Hisham memberitahu, terdapat enam kluster baharu dikenal pasti pada hari ini melibatkan empat negeri.