Home Utama Bayi lelaki ditemukan dalam semak di Bukit Katil

Bayi lelaki ditemukan dalam semak di Bukit Katil

Kredit: FB Emy Primo

MELAKA – Seorang bayi lelaki yang baharu lahir dan masih bertali pusat ditemukan seorang lelaki dalam semak di Jalan Sidang Hassan 1, Bukit Katil di sini hari ini.

Ketua Polis Melaka Tengah ACP Afzanizar Ahmad berkata bayi seberat 2.2 kilogram itu ditemukan lelaki berusia 50 tahun yang bekerja sebagai tukang kebun pada kira-kira 3 petang.

“Ketika sedang berehat di rumahnya, anak saudara tukang kebun tersebut memberitahu terdengar bunyi tangisan bayi sebelum lelaki itu keluar mencari bunyi berkenaan.

“Tukang kebun tersebut kemudian menemukan bayi malang itu dalam semak kira-kira 50 meter dari kawasan perumahan,” menurutnya dalam kenyataan di sini malam ini.

Beliau berkata bayi itu kemudian dibawa ke hospital untuk pemeriksaan lanjut dan dilaporkan berada dalam keadaan baik.

Katanya kes disiasat mengikut Seksyen 317 Kanun Keseksaan kerana menyembunyikan kelahiran dengan niat membuang bayi

— BERNAMA

 

 

1 Komen

Comments are closed.