JAKARTA – Indonesia mengalami kemelesetan ekonomi buat kali pertama dalam tempoh 22 tahun ekoran penularan pandemik Covid-19.
Ekonomi terbesar di Asia Tenggara ini merekodkan penyusutan 3.49% dalam pertumbuhannya pada suku ketiga tahun ini berbanding tempoh sama tahun 2019.
Indonesia terjerumus dalam kemelesetan ekoran penurunan 5.32% pada suku kedua.
Kali terakhir ekonomi Indonesia meleset pada tahun 1998 semasa krisis kewangan Asia.
Kerajaan Indonesia mengunjurkan seramai 3.5 juta orang akan kehilangan pekerjaan disebabkan koronavirus.
Indonesia merekodkan kadar jangkitan tertinggi di rantau ini.
Walaupun pertanian adalah komponen utama ekonominya, Indonesia sangat bergantung pada sektor pelancong.
Namun jumlah pelancong merudum sejak Indonesia menutup sempadan bagi membendung wabak tersebut.
Kejatuhan pertumbuhan ekonomi sebanyak 3.49% pada bulan Julai hingga September jauh lebih buruk berbanding 3% yang diramalkan oleh ahli ekonomi. – MalaysiaGazette