KUALA LUMPUR – Jangan beri peluang kepada penguasa ambil kesempatan guna Covid-19 untuk ‘membunuh’ demokrasi.
Ahli Parlimen Parit Buntar, Datuk Seri Mujahid Yusof mendakwa, keadaan sekarang memberi ruang kepada sesetengah ahli politik dan Pakatan Harapan (PH) tetap akan mempertahankan demokrasi.
“Saya rasa kita tetap mempastikan Covid-19 bukan alasan ‘bunuh’ demokrasi, ia masih tetap berfungsi (walaupun) dalam keadaan Covid-19.
“Yang ini kita lawan, demokrasi pilihan rakyat dan negara buat..(jangan) insiden yang akhirnya membunuh demokrasi,” kata Naib Presiden Parti Amanah itu semasa membuat siaran langsung hari ini.
Menurut Mujahid lagi, tidak timbul soal Belanjawan 2021 yang dibentangkan esok tidak disokong atau tidak cuma yang dipersoalkan adalah ia dilakukan oleh kerajaan yang didakwanya tidak ada keabsahan moral.
“Pertama, bajet 2021 dibuat atas latar belakang sesuatu, ia dbentuk oleh kerajaan bukan atas pilihan raya, yang terbentuk ialah PH dan berlaku
Kedua, katanya, bajet sekarang berlaku dalam keadaan dua krisis iaitu pandemik Covid-19 dan politik.
“Terima realiti ini, nombor tiga, bajet dibentang pada masa pertikaian terhadap keabsahan moral dan undang-undang.
“Ia bentuk bajet luar biasa bukan daripada sudut nombor,- keabsahah moral, persoalan besar melibatkan perundangan, rakyat hak mereka diambil oleh kerajaan yang hilang kepercayaan.
Menjawab soalan netizen mengenai usul undi tidak percaya di Parlimen, Mujahid berkata, jawapan itu hanya ada pada Speaker Dewan Rakyat.- MalaysiaGazette
Kalau bab kuar statement, mmg mcm hebat orangnya. Tp bila bg kuasa dan suh buat kerja, hampeh! Juara membangkang saja kakanda ni..