Home Politik Pejuang bantah hadkan Ahli Parlimen, saran sidang secara digital

Pejuang bantah hadkan Ahli Parlimen, saran sidang secara digital

Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang) menggesa kerajaan menyekat penjualan beberapa kategori barangan luar dalam platform e-dagang untuk membantu dan melindungi usahawan tempatan.- Gambar hiasan.

KUALA LUMPUR – Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang) yang belum diluluskan pendaftarannya membantah keputusan Dewan Rakyat yang membenarkan hanya 80 Ahli Parlimen menghadiri persidangan susulan penularan wabak COVID-19, sebaliknya percaya ia boleh dilakukan secara dalam digital.

Empat Ahli Parlimen Bebas parti itu dalam satu kenyataan bersama malam ini memaklumkan seharusnya persidangan secara digital boleh menjadi alternatif sesuai bagi memastikan persidangan dapat dijalankan dengan sempurna tanpa mengehadkan keterlibatan Ahli-ahli Parlimen dalam perbahasan.

“Alasan yang diberi adalah untuk membendung wabak COVID-19 dilihat tidak berasas. Malahan, ini bukan kali pertama Dewan Rakyat bersidang sewaktu tempoh pandemik.

“Terdapat prosedur operasi standard (SOP) yang telah dilaksanakan di dalam dewan seperti pemasangan penghadang lut sinar dan aturan kerusi secara penjarakan fizikal bagi sidang-sidang sebelum ini,” menurut kenyataan tersebut, sambil mendakwa mereka tidak dibawa berbincang mengenai keputusan itu.

Dilapor, Yang Dipertua Dewan Rakyat Datuk Azhar Azizan Harun berkata perubahan waktu persidangan dan urusan mesyuarat mulai Isnin hingga 15 Dis ini dipersetujui 10 ketua Whip parti setelah mengambil kira nasihat Kementerian Kesihatan (KKM) dan Majlis Keselamatan Negara (MKN),

— BERNAMA