AMPANG JAYA – Seorang bapa tergamak merogol anak perempuannya secara berterusan sejak Februari lalu semata-mata untuk memuaskan nafsu serakahnya.
Suspek berusia 42 tahun itu ditahan pada Isnin lalu selepas disyaki merogol anak perempuannya berusia 16 tahun itu di kediamannya di Bukit Antarabangsa, Ampang.
Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Farouk Eshak berkata, suspek disyaki melakukan perbuatan terkutuk berkenaan terhadap remaja perempuan itu walaupun dirayu anak supaya tidak berbuat demikian.
“Pada Ahad lalu, mengelak daripada terus menjadi mangsa nafsu bapa kandungnya, remaja perempuan itu berjaya melarikan diri dari rumah ke Terminal Bersepadu Selatan (TBS), Cheras secara berseorangan.
“Setelah tiba di TBS, mangsa telah ditahan polis kerana mangsa tiada permit perjalanan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).
“Namun, polis hasil soal siasat terhadap gadis remsja itu mendedahkan bahawa mangsa menceritakan ingin pulang ke pangkuan ibunya di Kuala Nerang, Kedah kerana dia tidak dapat menahan dengan perbuatan terkutuk bapa kandungnya.
“Ibu bapa mangsa bercerai pada 2004 selepas mangsa dilahirkan” katanya dalam sidang media khas kes kes menarik di sini pagi tadi.
Tambah beliau, mangsa yang tertekan dengan perbuatan keji bapanya yang memaksa dan menjadikannya pemuas nafsu dan rogol.
Malah katanya, pada satu masa mangsa mengakui pernah mencuba untuk membunuh diri dengan minum cecair pencuci lantai pada Jun lalu untuk membebaskan diri selama-lamanya dari kekejaman bapa kandungnya.
“Mangsa merupakan anak tunggal dan masih bersekolah di Ampang sementara bapanya (suspek) berkerja sebagai seorang pengusaha perkhidmatan cuci pejabat.
“Siasatan lanjut polis juga mendapati, rentetan penceraian dengan isterinya 16 tahun lalu, pada September 2019 suspek berjaya mendapat hak penjagaan anak perempuannya itu dan membawa mangsa untuk tinggal bersama di Bukit Antarabangsa sebelum bertindak merogol mangsa secara berterusan.
“Selain suspek, mangsa turut tinggal di rumah itu bersama ibu tiri dan empat adik tirinya manakala suspek disyski merogol remaja malang itu pada setiap awal pagi ketika ahli keluarga lain sedang tidur di bilik masing-masing,” ujar beliau.
Mohamad Farouk berkata siastan lanjut ke atas suspek mendapati dia mempunyai satu rekod lampau jenayah membabitkan kes rogol adik iparnya mengikut Seksyen 376A Kanun Keseksaan.
“Kini suspek telah direman selama tujuh hari berakhir hari ini mengikut Seksyen 376B Kanun Keseksaan,” tegasnya.-MalaysiaGazette
Ko mmpus lh dlm pjara. Mmg syaitan bertupangkn mnusia..mnisia syaitan mcn ni jgn di biarkan hdp..