KUALA LUMPUR – Harga runcit petrol RON97 dan RON95 masing-masing turun sebanyak 3 sen seliter kepada RM1.91 dan RM1.61 seliter.
Manakala harga runcit diesel turun sebanyak 6 sen seliter kepada RM1.68 seliter.
Harga itu bagi tempoh 7 November hingga 13 November, kata Kementerian Kewangan
Menurutnya, kerajaan akan terus memantau kesan perubahan harga minyak mentah dunia serta mengambil langkah yang bersesuai bagi memastikan kebajikan dan kesejahteraan rakyat terus terpelihara. – MalaysiaGazette