KUALA LUMPUR – Permohonan penambahan kemudahan pengeluaran bersasar simpanan persaraan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) akan bermula pada Januari 2021 manakala perincian lebih lanjut mengenainya akan diumumkan selewat-lewatnya pada 11 November 2020.
Ketua Pegawai KWSP, Alizakri Alias berkata, kebenaran untuk ahli mengakses simpanan persaraan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), selain daripada yang diperuntukkan di bawah Akta KWSP 1991 adalah sesuatu yang belum pernah berlaku atau dilaksanakan sebelum ini.
Ini kerana, simpanan dalam Akaun 1 (70% dari simpanan) telah ditetapkan untuk persaraan ahli manakala simpanan dalam Akaun 2 (30% dari simpanan) pula diperuntukkan bagi pengeluaran tertentu sahaja.
Oleh yang demikian, keputusan ini bukanlah sesuatu yang mudah dan boleh dibuat dengan tergesa-gesa.
Namun, KWSP telah menemui jalan tengah untuk membolehkan ahli mengakses simpanan mereka tanpa menjejaskan persaraan mereka pada masa hadapan.
Menurut beliau, kemudahan pengeluaran tambahan ini adalah sangat khusus dan disasarkan kepada ahli yang benar-benar memerlukan bantuan wang tunai.
”KWSP juga sedang mempertimbangkan untuk membenarkan ahli membuat pengeluaran dari
Akaun 2 untuk mendapatkan produk insurans dan takaful yang merangkumi insurans nyawa/ keluarga dan penyakit kritikal daripada syarikat insurans dan takaful yang diluluskan.
”Produk-produk ini akan disediakan melalui i-Akaun, yang akan disesuaikan untuk ahli KWSP dengan
harga premium yang berpatutan dan dilengkapi dengan ciri-ciri tambahan,” katanya.
Selain itu, Alizakri berkata, KWSP juga menyambut baik keputusan kerajaan berkenaan penurunan kadar caruman minimum syer pekerja kepada sembilan peratus, mulai Januari 2021 hingga
Disember 2021, yang mengambil kira tekanan ekonomi dan juga pengurangan pendapatan
ahli.
“Pandemik COVID-19 masih belum reda dan kita harus hidup dengannya selama beberapa
tahun akan datang. Kami berharap wang tambahan untuk ahli kami dapat meningkatkan
pendapatan boleh guna mereka dan memacu perbelanjaan domestik.
“Memandangkan KWSP mewakili hampir 50% populasi rakyat Malaysia dengan 14.6 juta ahli,
KWSP akan mengambil pendekatan proaktif dalam memberikan pandangan dan membantu
Kerajaan mewujudkan penyelesaian secara holistik untuk mencapai kesejahteraan sosial bagi
ahli KWSP khususnya, dan rakyat Malaysia amnya.
”Kami akan terus memperjuangkan isu perlindungan sosial bersama-sama dengan agensi-agensi dan badan-badan yang lain melalui MySPC (Majlis Perlindungan Sosial Malaysia) dan akan berusaha untuk meningkatkan sistem perlindungan sosial untuk masa depan rakyat Malaysia,” tambah Alizakri. – MalaysiaGazette
ye la tu…pandai main wayang….nampak macam boleh keluarkan… tapi sebenarnya tidak…yg diberhentikan kerja saja boleh keluar… yg diberi cuti tanpa gaji sepanjang Covid19 tak lepas…
yg diminta lain,yg ditunaikan lain,
org ramai mintak keluarkan duit epf untuk modal perniagaan,menyelesaikan hutang dan menampung perbelanjaan harian,bukannya turunkan kadar caruman,
bodoh betul
Bantuan tahun ini lebih banyak dan meyeluruh.. Bajet 2021 rakyat disogok hanya 1800 kebawah bantuan lain tak ada.. Dulu perniaga dapat juga bantuan 3 ribu tapi bajet 2021 bantuan berbentuk pinjaman yang perlu dibayar.. Lepas bajet diumunkan kerajaan buat lockdown.. Apa kejadahnya…