Home Nasional Belanjawan untuk sekuriti makanan tepat

Belanjawan untuk sekuriti makanan tepat

Belanjawan 2021 untuk sekuriti makanan negara memang bertepatan sekali yang mana ia bertunjangkan kepada ekosistem peningkatan produktiviti melalui polisi yang kondusif, penggunaan teknologi moden dan keusahawanan.- Gambar hiasan.

KUALA LUMPUR – Belanjawan 2021 untuk sekuriti makanan negara memang bertepatan sekali yang mana ia bertunjangkan kepada ekosistem peningkatan produktiviti melalui polisi yang kondusif, penggunaan teknologi moden dan keusahawanan.

Dasar itu kondusif dengan banyak peruntukan diberi untuk memastikan bekalan makanan yang berkualiti dan selamat dengan harga berpatutan.

Prof Datuk Dr. Nasir Shamsudin dari Fakulti Pertanian, Universiti Putra Malaysia berkata, peruntukan berkenaan akan dapat merangsang pelaburan dalam pengeluaran makanan.

Ini meliputi pembiayaan di bawah Program Pemodenan Vessel dan Mekanisasi Tangkapan, program pengembangan akuakultur dan projek pertanian dan Penternakan berimpak dan bernilai tinggi.

Selain itu, insentif dalam pengeluaran padi menunjukkan  kerajaan bukan sahaja menitikberatkan pulangan kewangan sahaja tetapi pulangan daripada segi kedaulatan makanan dan keamanan negara.

Menurutnya, pengunaan teknologi moden – peruntukan juga diberikan untuk pelaburan dan menerima pakai teknologi sistem pertanian.

Contoh teknologi ini adalah seperti mekanisasi, sensor, drone, penjejakan cuaca, automasi, pertanian menegak, kecerdasan buatan, nanoteknologi, teknologi GPS pertanian, robotik, dan pertanian tepat.

Peruntukan untuk pelaksanaan Program Ladang e-Satelit dan modenisasi rantaian nilai agromakanan, contohnya, akan meransang penggunaan teknologi moden dalam industri pertanian dan makanan, ujarnya.

Untuk melengkapi ekosistem dasar dan penggunaan teknologi pula, pengeluaran makanan perlu diushakan oleh pengeluar yang dapat mempraktikkan pengeluaran secara komersial dan penggunaan teknologi canggih.

Belanjawan kali ini telah memperuntukkan banyak sekali dalam melahirkan keusahawanan.

Contohnya, peruntukan pembangunan usahawan ini terdapat dalam langkah reskilling dan upskilling dan pemerkasaan bumiputra dalam agenda keterangkuman. – MalaysiaGazette