Home Utama Perjelas kenapa JASA dapat peruntukan besar? – Shahril

Perjelas kenapa JASA dapat peruntukan besar? – Shahril

Shahril Sufian Hamdan

KUALA LUMPUR – Kerajaan Persekutuan perlu memberi penjelasan lanjut mengapa Jabatan Hal Ehwal Khas (JASA) di bawah Kementerian Komunikasi dan Multi Media diberi peruntukan besar sebanyak RM85.5 juta.

Ketua Penerangan UMNO, Shahril Sufian Hamdan berkata, beliau tidak nampak mengapa JASA memerlukan peruntukan sebegitu banyak.

“Saya juga tertanya-tanya mengenai peruntukan ini. Oleh itu, kerajaan dan kementerian terbabit perlu jelaskan,” katanya.

Namun, sekiranya ia untuk kegunaan luar bandar seperti Jabatan Penerangan, tidak mengapa,” ujarnya.

Sementara itu, Ahli Parlimen Lembah Pantai, Fahmi Fadzil turut mempertikaikan peruntukan yang diperoleh JASA.

”JASA dapat RM85.5 juta Program Pediatrik (perubatan kanak-kanak) KKM dipotong RM81.3 juta.

”JASA dapat RM85.5 juta. Frontliners KKM (sahaja) dapat one-off RM500, berjumlah RM50 juta,” ujarnya. – MalaysiaGazette

5 Komen

  1. Masa Najib belanja BESAR mulut engkau tak berbunyi pun. MP boleh minta Menteri perjelas di Parlimen. Tak payahlah kalut cari isu…

  2. Kpd tora2 nk komen pun selidiklah dulu, masa bn dulu paling tnggi pun peruntukn utk JASA hnya rm30juta itupun ketika ekonomi meningkt sedangkn sekarang ekonomi mnyusut midin sebaliknya mnyediakn rm80juta…Itu amat mnghairankn sdgkn sektor lain yg patut diuntukan lbh sbliknya lbh rndh dari JASA…AMAT2 HAIRAN….

  3. xsalah pun nak belanja besar,sbb ramai pihak yg sedang ditimpa masalah akibat covid19,yg jadi salah sbb xkena pada tempatnya,yg patut dapat lebih dipotong,yg patut dapat sikit ditambah,macam jasa tu lah,apa kepentingannya kepada negara??
    tp jgn takut,midin kan jujur,bersih dan prihatin kononnya,
    lau zaman najib,komfem najib kena maki teruk sbb xadil,kroni,pencuri,

  4. Zaman ph yg menteri kewangan nya DAP pun boleh bagi peruntukan utk Maahad Tahfiz & SAR.
    Kerajaan pengkhianat nasional yg 90% Islam pula bagaimana ?

    Semua hanya retorik nak kelabu kan melayu islam, terutama yg dikampung-kampung.
    Teringat ceramah uztad.
    Abu Jahal pun sentiasa memakai jubah & serban.
    Dia tentang dakwah nabi.
    Jadi apa nak heran bila pemimpin parti penunggang agama nak kelentong walaun mereka nya.
    Utama kan merc & gaji naik

  5. Yang terbaik ada lah Najib dan Rosmah yang bakal menghuni Teratak Sg.Buloh dan syabas di ucap kan

Comments are closed.