Home Nasional PKPB Selangor, KL dan Putrajaya sambung sampai 6 Disember

PKPB Selangor, KL dan Putrajaya sambung sampai 6 Disember

Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya disambung lagi sehingga 6 Disember ini.-Gambar hiasan.

KUALA LUMPUR – Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya disambung lagi sehingga 6 Disember ini.

Ia diumumkan oleh Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dalam sidang medianya hari ini.

PKPB di Lembah Klang mula dilaksanakan pada 14 Oktober lalu sepatutnya berakhir pada 27 Oktober disambung sehingga 9 November ini.

Hari ini diumumkan PKPB di kawasan yang sama disambung lagi selama empat minggu lagi sehingga 6 Disember.

Ismail Sabri juga berkata, PKPB yang dilaksanakan di Sabah turut dilanjutkan hingga ke tarikh sama memandangkan kes Covid-19 di Lembah Klang dan Sabah masih didapati tinggi.- MalaysiaGazette