TERKINI : ‘Rentas Negeri’ 613 Permohonan Ditolak – Razali

SERDANG – Polis Daerah Serdang telah menerima sebanyak 17,584 permohonan permit rentas negeri dalam tempoh tiga minggu pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) sejak 14 Oktober lalu.

Bagaimanapun daripada jumlah itu, sebanyak 16,971 permohonan diluluskan manakala 613 lagi ditolak kerana mengemukakan alasan tidak munasabah yang pada hemah polis tidak boleh diterima.