Home Pendapat Peruntukan sudah ditambah, bila boleh beli vaksin segera?

Peruntukan sudah ditambah, bila boleh beli vaksin segera?

Gambar hiasan.

SIAPA kata Belanjawan 2021 menafikan hak sektor kesihatan rakyat dan melebih-lebihkan penubuhan jabatan propaganda kerajaan?

Tuduhan itu sebenarnya tak berasas dan bercanggah
dengan angka yang diumumkan Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Aziz.

Kementerian Kewangan sebenarnya telah menaikkan siling Kumpulan Wang Covid-19 kepada RM65 bilion yang bertujuan mendapatkan vaksin. Dalam perkara ini, tiga kementerian sedang bekerjasama erat iaitu Kementerian Luar Negara, Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) dan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Bagi 33 juta rakyat, kita memang berharapkan pembelian vaksin Covid-19 ini, namun jika mereka yang bukan berada dalam sektor kesihatan dan perubatan sudah tentu takkan mampu faham secara mendalam isu ini.

Mereka yang bukan dalam bidang ini mungkin nampak sebahagian pertimbangan sahaja. Dunia sebenarnya industri kesihatan tetap ada ‘sepak terajang’ peniaga, pekilang dan tak kurang diskriminasinya.

Di bawah inisatif Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), kerajaan sedang meneruskan rundingan dengan COVAX yang mempunyai sembilan calon vaksin di bawah Global Alliance for Vaccine and
Immunisation (GAVI).

Bagaimanapun, tidak mustahil kita boleh terperangkap dengan permainan licik kapitalis melalui urusan pembelian vaksin ini.

Tambahan pula ada keperluan mendesak tetapi itu bukan alasan untuk kita mengadaikan nyawa rakyat dan merugikan wang negara begitu sahaja tanpa penelitian yang mendalam.

Apakah tujuan mereka? Adakah mereka sedang mahu dilihat sebagai Sang Juara? Atau benar-benar mereka berniat untuk menyelamatkan nyawa rakyat?

Tapi sejauh mana mereka sedar akan bahaya yang dihadapi jika langkah terburu-buru diambil untuk membeli vaksin Covid-19 ini?

Menyedari hal ini agaknya, Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Adham Baba yang berpengalaman dalam bidang perubatan kata “kita tidak terburu-buru”.

Mungkin kerana pengalamannya menguruskan banyak klinik kesihatan dan pengetahuan luasnya dari nasihat kumpulan pakar KKM dan pelbagai pihak di pasaran.

Tanpa menyinggung pihak lain, Adham memberitahu wartawan di Dewan Bankuet Parlimen, 6 November lalu bahawa beliau dan KKM sudah berhubung dan mendapatkan banyak maklumat
dairpada syarikat farmasi terkemuka dunia. Antara yang beliau sebut ialah Sinopharm, Sanofi, CanSino, AstraZeneca, Sinovac dan Johnson & Johnson.

Tujuan langkah ini ialah semata-mata untuk mendapatkan akses kepada vaksin yang selamat, berkesan dan terjamin mujarab (efficacy).

Malah beliau secara jelas memberitahu, keutamaan memberi vaksin kelak adalah kepada frontliners yang bertugas di barisan hadapan termasuk KKM, Polis, tentera dan semua agensi lain yang terlibat dalam membendung Covid-19.

“Keutamaan kedua ialah golongan kanak-kanak dan warga emas, golongan comorbid (menghidap penyakit lain).

Dengan kata lain, beliau sedar, Malaysia tidak patut  memerangkap duit rakyat dan tertakluk kepada
pilihan COVAX yang menetapkan harga yang mahal sekitar RM84 (AS$21) setiap vaksin dan deposit (tak boleh dikembalikan) sebanyak RM80 juta. Maklumat ini sudah lama tersebar di media sosial dan media konvesnional.

Mengapa kita perlu gopoh dan terburu-buru mengikut COVAX sedang pengeluar lain ada yang membayangkan harga serendah AS$4?

WHO wajar meneliti suasana ini dan sepatutnya sudah cukup masak dengan permainan dunia perniagaan dan diskriminasi kapitalis yang bermotifkan matlamat memaksikum untung.

Sudah lama mereka rakus berurusan dengan WHO membekalkan ubat-ubat asas berdasarkan matawang pound sterling untuk kem-kem bantuan perubatan WHO di kawasan konflik dan kemah pelarian.

Matlamat WHO untuk mengutamakan kebajikan masyarakat dunia patut mampu mengatasi kerakusan peniaga yang mahu cepat kaya.

Di dalam hal ini, kita wajar menghormati integriti dan profesionalisme pakar KKM yang diterajui menterinya itu kerana tidak mudah terpengaruh dengan tekanan dan kelicikan kapitalis
antarabangsa. Selamatlah duit negara daipada penyamun-penyamun itu.

Tidak timbul soal terlewat atau ketinggalan. Sebaliknya rakyat dilindungi dan mendapat keutamaan. Ada perkara patut direbut, ada pula hal yang mesti disempurnakan dengan teliti dan Berjaya. Usaha mendapatkan vaksin yang selamat, berkesan dan terjamin mujarab tetap menjadi peganga.

Dr Sheikh Azri Mohd Nizam
Bandar Baru Bangi, Selangor.

1 Komen

  1. Perkara yg perlu direbut dan sangat kritikal ketika ini..melibatkan nyawa rakyat ialah menubuhkan JASA…puiiiii

Comments are closed.