Home Sukan Maradona semakin pulih

Maradona semakin pulih

Diego Maradona.

ARGENTINA – Legenda bola sepak Argentina, Diego Maradona semakin puih selepas menjalani pembedahan otak membuang darah beku dan dijangka dibenarkan keluar minggu ini.

Dr Leopoldo Luque berkata Diego seolah tidak sabar meninggalkan hospital dan pihaknya sedang menilai untuk memberi kebenaran minggu ini.

“Kami perlu melihat petunjuk klinikal tapi tahap pemulihannya sangat memberangsangkan,” katanya kepada wartawan.

Minggu lalu, Maradona, 60, menjalani pembedahan bagi membuang darah beku di bahagian antara otak dan tengkorak.