Home Dunia Wanita buang bayi khuatir dijangkiti HIV dipenjara 3 tahun

Wanita buang bayi khuatir dijangkiti HIV dipenjara 3 tahun

Tertuduh membuat pengakuan itu setelah kertas pertuduhan ke atasnya dibacakan di hadapan Majistret Noorasyikin Sahat.
Gambar hiasan

JAKARTA – Mahkamah Jakarta Utara menjatuhi hukuman tiga tahun penjara terhadap seorang wanita yang positif HIV kerana membunuh bayinya tahun lalu.

Wanita itu, yang dikenal pasti sebagai LM, melahirkan bayinya pada bulan Oktober tahun lalu di sebuah bilik air awam dekat sebuah sungai di belakang rumahnya di Tanjung Priok, Jakarta Utara.

Tertuduh kemudian mencekik dan membuang bayinya ke dalam sungai.

“Alasan tertuduh berbuat demikian kerana khuatir telah memindahkan HIV kepada bayinya dan mungkin menyebabkan kehidupan bayi itu lebih sukar,” kata peguamnya, Albert Wirya dari Institut Bantuan Guaman Masyarakat (LBH Masyarakat).

Mahkamah mendapati LM telah melanggar Artikel 341 Kanun Jenayah (KUHP) atas pembunuhan bayi itu dan boleh dihukum penjara maksimum tujuh tahun.

Pendakwa memohon tertuduh dikenakan penjara selama lima tahun.

LM mendapati HIV daripada suaminya, dakwa Albert. – MalaysiaGazette