Home Utama 3 termasuk Datuk direman kes rasuah jutaan ringgit kepada pegawai syarikat telekomunikasi

3 termasuk Datuk direman kes rasuah jutaan ringgit kepada pegawai syarikat telekomunikasi

MGF10112020_MAHKAMAH-5-640x425
Anggota Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengiring tiga orang lelaki untuk mendapatkan perintah tahanan reman atas kes rasuah melibatkan sindiket penipuan di Mahkamah Majistret Putrajaya. foto AFIQ HAMBALI, 10 NOVEMBER 2020

PUTRAJAYA – Mahkamah Majistret Putrajaya hari ini membenarkan reman selama lima hari terhadap tiga lelaki bersabit kes siasatan bayaran wang rasuah bernilai jutaan ringgit kepada pegawai syarikat telekomunikasi.

Salah seorang daripada tiga lelaki tersebut ialah individu berpangkat Datuk.

Tarikh reman ke atas ketiga-tiga suspek bermula hari ini sehingga 14 November depan dibacakan Majistret, Shah Wira Abdul Halim di hadapan kesemua suspek.

Ketiga-tiga mereka disiasat atas dakwaan memberikan rasuah kepada pegawai-pegawai syarikat telekomunikasi yang beroperasi di Malaysia bagi mendapatkan nombor-nombor pelanggan yang didaftarkan oleh syarikat-syarikat telekomunikasi tersebut.

Ia bertujuan digunakan oleh sindiket penipuan pembekal kandungan yang mengenakan bayaran langganan tanpa pengetahuan dan persetujuan dari pelanggan. – MalaysiaGazette

01ec84f0d9ef235edf263ed3c5a18481?s=150&d=mp&r=g
+ posts