KUALA LUMPUR β Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak agak senada dengan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang mendakwa Belanjawan 2021 yang dibentangkan Jumaat lalu agak mengelirukan.
Ahli Parlimen Pekan itu berkata, ini kerana terdapat peruntukan dalam belanjawan itu yang diletakkan di merata tempat.
Jelas Pengerusi Kelab Ahli Parlimen Backbenchers Barisan Nasional (BN) itu, sebagai bekas Menteri Kewangan, beliau sendiri agak keliru dengan format Belanjawan 2021.
“Pada prinsip, saya bersetuju Belanjawan 2021 adalah perlu inkslusif dan adil. Salah satu masalah bila saya teli bajet ini Menteri Kewangan dan YB Port Dickson (Anwar) pun sebut, peruntukan diletak di merata tempat.
“Kita hendak cari susah. Saya pun sebagai (bekas) Menteri Kewangan pun keliru. Hendak cari banyak mana untuk program itu, jadi harap format yang akan digunakan pada masa akan datang, lebih jelas supaya senang faham dan mudah.
“Kita tidak mahulah peruntukan dikurangkan tetapi YB (Menteri Kewangan) kata, ada di tempat lain tetapi hendak cari tempat lain tidak tahu di mana? Ini yang jadi pandangan saya agar format teratur dan sistematik,β katanya perbahasan Rang Undang-Undang Perbekalan 2021 di Dewan Rakyat hari ini.
Semalam, Anwar turut menyifatkan Belanjawan 2021 mengelirukan dan meminggirkan beberapa kebimbangan rakyat, sekali gus menghadapi laluan sukar memperolehi sokongan majoriti di parlimen.
βIni saya tidak faham betul, mana boleh peruntukan Kementerian Kesihatan disorok bawah peruntukan pembangunan dalam Belanjawan 2021? Peruntukan ini harus diberikan penjelasan sebab utamanya mungkin hendak tunjukkan tidak ada defisit bertambah,β katanya pada sesi perbahasan di Dewan Rakyat,” kata Anwar. – MalaysiaGazette
ARTIKEL BERKAITAN:
Anwar beri bayangan Belanjawan 2021 tak dapat sokongan majoriti