LONDON – United Kingdom (UK) menjadi negara pertama di Eropah yang melepasi 50,000 kes kematian akibat koronavirus.
Sejumlah 50,365 orang telah meninggal dunia dalam 28 hari selepas didapati positif covid-19, meningkat kepada 595 dalam tempoh 24 jam.
UK adalah negara kelima yang melepasi 50,000 kematian, selepas Amerika Syarikat (AS), Brazil, India dan Mexico.
“Setiap kematian adalah tragedi,” kata Perdana Menteri, Boris Johnson sambil menambah Britain sudah sampai ke fasa berbeza dalam cara membendung wabak itu.
UK merekodkan 22,950 lagi kes jangkitan koronavirus pada hari Rabu, menurut kerajaan.
Terdapat kira-kira 1.2 juta kes yang disahkan di UK sejak wabak ini bermula dan lebih dari 185,000 orang telah dimasukkan ke hospital untuk mendapatkan rawatan.
Angka kematian Covid di UK mengerikan dan tragis – menggambarkan betapa dahsyatnya kesan pandemik itu kepada negara ini.
Faktor tunggal terbesar adalah usia – dengan lebih daripada sembilan dalam 10 kematian terdiri daripada pesakit yang berusia lebih 65 tahun.
Kawasan miskin dan etnik minoriti juga terjejas secara tidak seimbang.
Kematian akibat sebab-sebab lain juga meningkat apabila pesakit meninggal dunia tanpa mendapat rawatan.
UK kini merekodkan kadar kematian tertinggi di dunia. – MalaysiaGazette
Ini ke negara yang punyai sistem kesihatan dan hospital2 terbaik didunia?