Home Sukan Maradona keluar hospital, doktor sifatkan ajaib

Maradona keluar hospital, doktor sifatkan ajaib

Leopoldo Luque (kiri) dan Maradona. Foto agensi.

ARGENTINA – Legenda bola sepak Argentina, Diego Maradona dibenarkan keluar hospital selepas lapan hari menjalani pembedahan bagi membuang darah beku di otaknya.

Maradona meninggalkan klinik dekat Olivos, Buenos Aires dengan ambulans.

Doktor yang merawatnya, Leopoldo Luque memuat naik gambar di Instagram memeluk legenda berusia 60 tahun itu yang memakai kain lilitan di kepalanya.

Maradona dijangka terus menyambung proses pemulihan di kediaman anak perempuannya, Giannina di Tigre iaitu 30 kilometer dari utara Buenos Aires.

“Diego mungkin menempuh tempoh paling sukar dalam hidupnya namun keajaiban berlaku kerana darah beku itu dapat dikesan.”

“Apa yang diperlukannya Maradona ketika ini ialah sokongan keluarganya dan bantuan pakar perubatan,” kata Morla. – MalaysiaGazette