Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Rina Harun menepis desas desus bahawa dirinya berubah kerusi dan akan bertanding di Parlimen Sepang.
Beliau yang turun ke Sepang hari ini bagi menyalurkan bantuan kepada frontliner di Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) Medan 88, Bandar Baru Salak Tinggi berkata sumbangan itu adalah atas kapasiti peribadi memandang beliau adalah Ketua Srikandi Bersatu bagi bahagian ini.