THE HAGUE, Belanda – Kedutaan Arab Saudi di Belanda dihujani dengan tembakan pada awal hari ini, menyebabkan bahagian hadapannya berlubang disebabkan peluru yang turut mengenai beberapa tingkap.
Polis berkata, tiada kecederaan dalam insiden tembakan itu, lapor AP.
Jurucakap polis, Steven van Santen berkata, polis sedar tentang tembakan dilepaskan pada bangunan yang bertentangan dengan terusan pada jam 6 pagi.
Para pegawai menemui beberapa kelongsong peluru di luar bangunan dan melancarkan siasatan, termasuk merayu saksi tampil memberi keterangan.
Tiada sesiapa di kedutaan itu membuat ulasan mengenai insiden tersebut.
Menurut kenyataan Kementerian Luar Belanda, ia memandang serius mengenai insiden tembakan itu dan bekerjasama dengan pihak berkuasa Arab Saudi
Insiden tembakan itu berlaku sehari selepas kejadian letupan di tanah perkuburan di Arab Saudi ketika para pegawai Amerika Syarikat dan Eropah menghadiri majlis memperingati berakhirnya Perang Dunia Pertama.
Siti Hawa diturunkan dari syurga kebumi di Juddah/Jeddah dan bertemu suaminya Nabi Adam di Jabal Rahmah, Baginda Nabi Ibrahim pula diperintah Allah SWT untuk menyembelih puteranya Nabi Ismail di Jabal Qurban! Semuanya berlaku di Semenanjung Hijjaz, persekitaran Kota Mekah, Mina, Arafah, tempat bermulanya hidup dan peradaban manusia.
WW1 hanya juzuk kecil sebesar dari TAIK HIDUNG dalam sejarah ketamadunan orang2 Arab. Jadi tak usahlah Perancis, USA ke, atau mana2 negara Eropah yang lain nak sibuk2 sangat buat majlis peringatan disana! Lepas ni korek semua kubur2 tersebut dan bawa semua tulang belulang mayat warganegara anda tersebut kenegara masing2!
Tak usahlah nak MEYIBUK dinegara orang, lebih baik anjurkan pesta2 bogel dinegara masing2!
Apa2 pun tindakan menembak bangunan kedutaan Arab Saudi secara rambang di Belanda adalah tindakan BACUL orang2 kafir ini!