KUALA LUMPUR- Inflasi keseluruhan mencatatkan penguncupan 1.4 peratus pada suku ketiga 2020, lebih kecil berbanding sebelumnya.
Bank Negara Malaysia (BNM) dalam kenyataannya hari ini berkata, penyusutan itu didorong terutamanya oleh harga runcit bahan api domestik yang lebih tinggi sejajar dengan pemulihan harga minyak dunia.
Tambahnya, inflasi teras menjadi sederhana sedikit kepada 1.0 peratus.
“Purata inflasi keseluruhan diunjurkan lebih tinggi pada 2021, mencerminkan terutamanya harga minyak dunia yang diunjurkan meningkat dan luputnya kesan daripada rebat tarif elektrik bertingkat pada 2020,” katanya.
Inflasi asas dijangka kekal rendah berikutan lebihan kapasiti dalam ekonomi.
BNM berkata prospek inflasi dan trajektori akan bergantung terutamanya pada perkembangan harga minyak dan komoditi dunia. – MalaysiaGazette