KUALA LUMPUR – Parti Keadilan Rakyat (PKR) menyifatkan Tun Dr. Mahathir Mohamad tidak lagi relevan dan berada dalam keadaan terdesak apabila menyasarkan batang tubuh Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam setiap kenyataannya.
Ketua Penerangannya, Datuk Seri Shamsul Iskandar Mohd Akin berkata, Pengerusi Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang) itu juga didakwa mempunyai perancangan mengkhianati dan menggagalkan usaha Pakatan Harapan (PH) untuk mendapatkan semula kerajaan.
“Kenyataan Dr. Mahathir kini menggambarkan yang beliau semakin terdesak untuk dilihat sebagai masih relevan dalam arus politik perdana.
“Kita tahu, serangannya terhadap Anwar tidak berasas sama sekali dan ini sebagai cubaan untuk mengkhianati serta menggagalkan usaha PH mendapatkan semula kerajaan.
“Kita semua sedia maklum kegagalan Dr. Mahathir sebagai Perdana Menteri dalam mempertahankan agenda reformasi dan mandat yang diberikan rakyat sepanjang 22 bulan PH memerintah negara,” katanya dalam kenyataan kepada media, hari ini.
Beliau menyatakan, tindakan Dr. Mahathir meletak jawatan tanpa sebarang perbincangan dengan pimpinan PH adalah punca kejatuhan kerajaan seterusnya memangkin rampasan kuasa secara khianat oleh Tan Sri Muhyiddin Yassin dengan dukungan gerombolan pimpinan Bersatu.
Oleh yang demikian, katanya, dalam usaha Anwar dan pimpinan PH menggembleng sokongan pelbagai pihak untuk mendapatkan kembali mandat rakyat yang dirampas, Dr. Mahathir perlu menghentikan tindakan beliau yang dilihat sebagai langkah memecahbelahkan PH serta menggagalkan usaha tersebut.
“Dr. Mahathir sewajarnya bermuhasabah dan insaf bahawa punca segala ketidakstabilan politik yang berlaku dalam negara mutakhir ini dari tindakan beliau sendiri.
“Beliau seharusnya menunjukkan sikap sebagai seorang negarawan dan membantu usaha Anwar dan PH untuk mengembalikan mandat rakyat, bukan menggagalkannya,” kata beliau. – MalaysiaGazette
berpijaklah di bumi nyata…hakikatnya NOMBOR2 PALSU yang dputarbelit anwar p..hikayatnya jadi p em yang gila nombor dan kuasa. .ingat anwar ingatlah hikayat Langkah kajang/p dickson/demontrasi jalanan akibat huru-hara negara/mata lebam/diracun asenik/fitnah rm 90juta….saya ulang…nak tau P unah H arapan berkubur kerana mahathir letak jawatan dulu atau rampas kuasa/pintu belakang??????
U ulang I saman!
Takkan nuaq dok seram ngan Madey lagi….biaq la Tun berkokok puas puas…buat apa kalut2…