KUALA LUMPUR – airasia.com super app menawarkan harga serendah RM1.99 sempena jualan Super Sale mulai 16 hingga 22 November 2020.
Jualan airasia.com Super Sale yang dilancarkan pada bulan lalu menggantikan jualan popular Tempat Duduk Percuma AirAsia sebelum ini.
Bukan sahaja produk segar, barangan runcit, perkhidmatan penghantaran makanan, produk perjalanan dan gaya hidup, malah perkhidmatan mesra Muslim serta pakej kesihatan dan kesejahteraan juga tersedia di airasia.com super app untuk semua melalui laman web atau aplikasi mudah alih.
Para pelanggan juga boleh menggunakan ciri BigPay Checkout untuk membuat pembayaran dengan lebih lancar untuk semua produk
Sepanjang tempoh jualan airasia.com Super Sale, nikmati diskaun hingga 50% dari peniaga terpilih di airasia Fresh dengan bayaran penghantaran RM1 dan diskaun hingga 50% untuk peniaga terpilih di airasia Food, platform pesanan makanan dalam talian yang beroperasi tanpa komisen.
Antara tawaran hebat lain termasuklah Beli 1 Percuma 1 untuk barangan penjagaan kulit, kosmetik, aksesori dan banyak lagi yang terpilih di airasia Shop; diskaun 50% dengan tambahan 5% untuk Promosi Tanpa Had dengan kod promosi ‘SUPER5’; diskaun 10% untuk perkhidmatan Aqiqah Luar Negara dan Aqiqah Makkah di Ikhlas; perkhidmatan estetika bermula daripada RM299 di airasia Health dan banyak lagi.
Ketua Pegawai Eksekutif airasia.com, Karen Chan berkata, jualan airasia.com Super Sale kali ini menawarkan diskaun yang lebih hebat untuk pelbagai produk dan peniaga. – MalaysiaGazette