KUALA LUMPUR – Kementerian Alam Sekitar dan Air sasar bina dua Takungan Air Pinggiran Sungai (TAPS) khas di Sungai Semenyih dan Sungai Selangor.
Menterinya, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, TAPS bertujuan mengurangkan kesan gangguan bekalan air sekiranya berlaku pencemaran di Loji Rawatan Air (LRA).
Ujarnya, TAPS akan dibina di dua lokasi iaitu Putrajaya dan Rasau.
“Khas di Sg Semenyih dan Sg Selangor, KASA sasar untuk membina dua (2) Takungan Air Pinggiran Sungai (TAPS) bagi memitigasi (mengurangkan) gangguan henti tugas Loji Rawatan Air (LRA) akibat pencemaran iaitu TAPS Putrajaya dan TAPS Rasau sebagai sumber air alternatif,” katanya menerusi akaun Twitter hari ini.
Terdahulu, Tuan Ibrahim berkata, cadangan membina dua TAPS itu dikemukakan kepada Unit Perancang Ekonomi (EPU) menerusi Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK-12) sebagai sumber air alternatif bagi meminimumkan risiko gangguan bekalan air dan mekanisme kawalan banjir.
Sejak beberapa bulan ini, penduduk Lembah Klang beberapa berhadapan dengan gangguan bekalan air yang berpunca daripada pencemaran air di LRA. – MalaysiaGazette
Risk management dan alternative sebergini yang rakyat dambakan!
Exco Selangor buat apa kerja?