Home Seni Hidup Prolintas hulur sumbangan kepada B40 sambut Deepavali

Prolintas hulur sumbangan kepada B40 sambut Deepavali

KUALA LUMPUR – Sempena sambutan Deepavali baru-baru ini, Kumpulan Syarikat Prolintas telah menghulurkan bantuan berbentuk hamper makanan kepada 100 buah keluarga sebagai sebahagian dari aktiviti tanggungjawab sosial korporat (CSR) kepada penduduk yang berhampiran dengan jajaran lebuh raya seliaannya.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Prolintas, Datuk Mohammad Azlan Abdullah, sebanyak 100 buah keluarga berbangsa India dari golongan B40 di Kampung Tasik Permai Ampang, Kampung Melayu Subang, Villa Suria dan Gugusan Tanjong Kota Damansara telah menerima hamper berupa makanan yang mengandungi
variasi juadah perayaan Deepavali seperti muruku, coklat, minuman kordial dan sebagainya.

Selain dari kumpulan tersebut, Prolintas turut menghulurkan sumbangan kepada peniaga kecil di sekitar Pinggiran Subang dan Alam Budiman.

“Sumbangan ini adalah sebahagian dari aktiviti CSR Prolintas dalam memastikan kumpulan sasarannya mendapat bantuan dan perhatian terutama di saat ini ramai yang terjejas teruk berikutan penularan Covid-19.

”Selain dari itu, ia adalah kesinambungan dari program CSR yang diadakan setiap kali musim perayaan sepanjang tahun,” ujar Azlan sambil berharap sumbangan itu dapat meringankan beban penerima, sekali gus memberi keceriaan bagi sambutan Deepavali kali ini. – MalaysiaGazette