KUALA LUMPUR – Dewan Rakyat hari ini merakam ucapan takziah kepada keluarga Ahli Parlimen Gerik, Datuk Hasbullah Osman di atas pemergian beliau semalam.
Yang Dipertua Dewan Rakyat, Datuk Azhar Azizan Harun berkata, Allahyarham menjadi Ahli Dewan Rakyat sejak 2013 dan sumbangan beliau kepada negara amat dihargai.
Azhar turut meminta Dewan Rakyat bertafakur mengikut amalan agama masing-masing selama seminit.
Allahyarham Hasbullah meninggal dunia pada usia 63 tahun, di Raub, Pahang semalam, akibat sakit jantung. – MalaysiaGazette