Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) tidak mempunyai halangan untuk mempercepatkan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) ditukar kembali kepada Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) sekiranya lengkung jangkitan Covid-19 dapat dilandaikan.
Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. Adham Baba berkata, langkah tersebut dapat dilaksanakan sekiranya pematuhan kepada prosedur operasi standard (SOP) dan amalan norma baharu berada pada tahap maksima.