
BEIJING – Vaksin Covid-19 yang dibangunkan oleh China menunjukkan kejayaan dalam ujian peringkat pertengahan, kata para penyelidik.
Terdapat beberapa vaksin yang sedang dikembangkan di China.
Menurut para penyelidik, vaksin Sinovac Biotech telah memberi tindak balas imun yang cepat semasa tempoh percubaan membabitkan sekitar 700 orang.
Pengumuman itu dibuat setelah Eropah dan Amerika Syarikat (AS) melaporkan kejayaan data vaksin yang ini dalam percubaan peringkat akhir.
Tiga vaksin, yang dibangunkan di AS, Jerman dan Rusia, semuanya telah mengeluarkan data yang menunjukkan kecekapan lebih daripada 90%, setelah percubaan dilakukan ke aras puluhan ribu orang.
Seperti negara-negara lain, China juga berlumba-lumba untuk mengembangkan vaksin Covid-19, dengan empat eksperimental vaksin telah memasuki tahap ketiga dan terakhir ujian klinikal, termasuk yang dibuat oleh Sinovac Biotech.
Namun, hasil yang diterbitkan dalam jurnal ilmiah The Lancet hanya membabitkan fasa percubaan pertama dan kedua daripada salah satu dari empat vaksin tersebut.
Menurut laporan itu, CoronaVac Sinovac Biotech mencetuskan tindak balas imun yang cepat, walaupun kajian yang dilakukan pada bulan April dan Mei tahun ini tidak memberikan peratusan kadar kejayaan vaksin berkenaan.
Zhu Fengcai, salah seorang pengarang memaklumkan, hasilnya yang berdasarkan 144 peserta dalam percubaan fasa 1 dan 600 dalam percubaan fasa 2, bermaksud vaksin itu “sesuai untuk penggunaan kecemasan”.
Belum ada data daripada percubaan fasa 3 berskala besar diterbitkan.
Dengan pandemik yang dapat dikawal di China, percubaan peringkat akhir keempat-empat vaksin China sedang dilakukan di Pakistan, Arab Saudi, Rusia, Indonesia dan Brazil.
Menurut pegawai, hampir 60,000 orang telah menerima vaksin pada awal November.
Percubaan vaksin Sinovac Biotech di Brazil dihentikan sementara minggu lalu tetapi disambung semula setelah kematian seorang pesakit disahkan tidak mempunyai kaitan dengan vaksin. – MalaysiaGazette