Home Nasional Kerajaan putuskan status PKPB di beberapa negeri Jumaat ini

Kerajaan putuskan status PKPB di beberapa negeri Jumaat ini

Ismail Sabri Yaakob
Ismail Sabri Yaakob

KUALA LUMPUR – Kerajaan dijadualkan akan mengadakan mesyuarat khas pada Jumaat ini dengan Majlis Keselamatan Negara (MKN) sebelum ini mencadangkan untuk kerajaan untuk melihat kembali status Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di beberapa negeri.

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, ini disebabkan terdapat kes positif Covid-19 tidak meningkat di beberapa negeri.

Malah ada negeri yang mengalami penurunan kes positif Covid-19, ujarnya.

“Kalau didapati tidak ada peningkatan kes positif Covid-19 dan pandangan daripada KKM bahawa kawasan itu telah pun selamat, dan statusnya boleh dianggap sebagai negeri hijau, maka beberapa negeri itu ditamatkan PKPB mereka.

“Walau bagaimanapun ianya masih tergantung kepada penilaian yang dibuat oleh KKM nanti, jadi kita tunggu.

“Tunggu sidang media yang akan saya umumkan pada Jumaat nanti sebab kita tidak tahu lagi, samada ada negeri-negeri yang ditamatkan PKPB mereka ataupun terus disambung,” katanya pada sidang media mengenai perkembangan PKPP\PKPB di Kementerian Pertahanan, hari ini..

Menurut Ismail Sabri, KKM telah diarahkan untuk membuat penilaian risiko berdasarkan negeri-negeri yang terlibat.

“Walaupun kita umum PKPB di seluruh negara, kecuali Pahang, Kelantan dan Perlis ini. walaupun kita umumkan selama satu bulan, tetapi permulaan penilaian apabila tempoh dua minggu itu tiba,” katanya.

Jelas beliau, sekiranya ada negeri-negeri yang akan ditamatkan pelaksanaan PKPB, maka MKN akan menumpukan kepada kawasan-kawasan tertentu di negeri-negeri terbabit.

Pada 9 November lalu, kerajaan menetapkan PKPB dilaksanakan sehingga 6 Disember ini di seluruh negara kecuali Pahang, Perlis dan Kelantan. – MalaysiaGazette