Home Nasional Jual lebih harga maksimum, gagal letak tanda harga antara kesalahan peniaga

Jual lebih harga maksimum, gagal letak tanda harga antara kesalahan peniaga

Lima kes melibatkan kesalahan menjual barangan melebihi harga maksimum dan 52 lagi kerana gagal meletakkan tanda harga.- Gambar hiasan.

KUALA LUMPUR – Lima kes melibatkan kesalahan menjual barangan melebihi harga maksimum dan 52 lagi kerana gagal meletakkan tanda harga.

Itu antara 57 kesalahan yang dikesan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP)  terhadap peniaga yang melakukan kesalahan sepanjang Skim Harga Maksimum Musim Perayaan (SHMMP) Deepavali 2020 pada 9 hingga 17 November lalu.

“Jumlah sitaan bernilai RM3,697.96 dan kompaun sebanyak RM8,100,” katanya dalam kenyataan menterinya, Datuk Alex Nanta Linggi hari ini.

Menurutnya, sepanjang pelaksanaan SHMMP Deepavali 2020, sebanyak 15,653 pemeriksaan dijalankan ke atas premis perniagaan di seluruh negara melibatkan 651 pemborong dan 15,002 peruncit.

Sepanjang tempoh itu juga, KPDNHEP menerima tiga aduan berkaitan SHMMP.- MalaysiaGazette