Home Foto Pilihan Mak Wan “Iron Lady Chow Kit”

Mak Wan “Iron Lady Chow Kit”

Mak Wan "Iron Lady Chow Kit" menggunakan tenaga dan kudratnya untuk menarik pintu kedai Warung Makan Sahabat ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di Chow Kit. foto AFIQ HAMBALI, 19 NOVEMBER 2020

Sejak mula dibuka Oktober lalu, Warung Makan Sahabat mula menjadi tumpuan para penghuni jalanan untuk mendapatkan bungkusan makanan yang disediakan secara percuma buat golongan tersebut.

Wan Kamariah Daud, 67, atau lebih mesra disapa dengan panggilan Mak Wan, adalah ‘wanita besi’ di sebalik pembukaan warung di Chow Kit itu.

Wanita asal Kota Bharu, Kelantan ini sudah lebih 40 tahun bermastautin di ibu negara dan mengharungi pelbagai episod hitam dalam kehidupan namun dia tetap gagah meniti usia emas dengan membantu mereka yang memerlukan.

Cerita Mak Wan, seawal usia 11 tahun dia sudah terjebak dalam kancah penyalahgunaan dadah seterusnya dikahwinkan pada usia muda dengan suami yang juga seorang pengedar dadah lalu berpindah ke Kuala Lumpur.

Menjalani kehidupan di kota yang penuh onak duri, suami Mak Wan akhirnya ditangkap dan dijatuhi hukuman gantung mandatori akibat kesalahan mengedar dadah.

Jelas Mak Wan, atas desakan hidup dia terpaksa meneruskan aktiviti mengedar bahan terlarang itu sehinggakan lokap serta pusat serenti menjadi rumah kedua buat dirinya.

Namun tidak pasti apakah yang menjentik, Mak Wan bertekad untuk berubah pada tahun 1999 dan setelah dibebaskan dia memohon untuk terus menetap di sebuah pusat serenti selama 10 tahun bagi menjalani rawatan pemulihan sebelum dilantik sebagai Pembimbing Rakan Sebaya (PRS) di bawah Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK).

Menurut Mak Wan, dia tekad untuk terus berjuang hidup tanpa dadah dan telah diterima berkhidmat sebagai Warden Pusat Pemulihan Wanita di salah sebuah badan bukan kerajaan (NGO) dan beberapa persatuan kebajikan.

“Selain itu, Mak Wan juga pernah bekerja sebagai pengawal keselamatan dengan gaji harian sebanyak RM10. Mengikat perut dengan berpuasa merupakan rutin harian untuk berjimat demi kelangsungan hidup.

“Pandangan serong masyarakat terhadap golongan seperti kami ini memang tidak dapat ditepis namun secara tidak langsung menguatkan semangat Mak Wan untuk terus membantu penagih yang mahu berubah serta gelandangan,” katanya.

Tambah Mak Wan, dia pernah merasai situasi yang sama dan akibat persepsi masyarakat mereka terdorong kembali untuk mengambil dadah.

Bercerita lanjut, Mak Wan berkata, dirinya itu juga sama seperti insan lain yang mempunyai impian dan menyimpan hasrat untuk menunaikan umrah.

Akhirnya pada tahun 2011, doa Mak Wan menjadi kenyataan apabila sekumpulan pelajar dari luar negara berjaya mengumpulkan dana untuknya ke Tanah Suci setelah melihat video Mak Wan tular di media sosial.

Dalam pada itu, Mak Wan berkata, minat untuk memasak telah mendorongnya untuk belajar dan mencuba pelbagai resipi secara dalam talian menggunakan sebuah komputer riba yang dibeli hasil pengeluaran Kumpulan Wang Simpanan Pekerja.

“Bermula dari situ Mak Wan mula menjual nasi lemak dan kuih muih untuk menyara kehidupan dan pada bulan Oktober, Warung Makan Sahabat berjaya dibuka dengan sumbangan daripada individu serta persatuan sukarela.

“Mak Wan bercadang apabila kelengkapan memasak sudah lengkap nanti, Mak Wan ingin masak sendiri. Buat masa ini, Warung Makan Sahabat menerima sumbangan lebih 250 bungkus makanan untuk diagihkan kepada gelandangan yang datang pada pukul 11 pagi setiap hari,” ujarnya lagi.

Justeru Mak Wan berharap generasi muda masa kini dapat meneruskan perjuangan seumpamanya dan tidak menyisihkan golongan sedemikian kerana sokongan dan bantuan daripada masyarakat mampu mengubah nasib penagih dan gelandangan.

Permandangan sekitar Lorong Haji Taib ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di Chow Kit. foto AFIQ HAMBALI, 19 NOVEMBER 2020
Sebahagian daripada gelandagan beratur untuk mendapatkan makanan yang disediakan di Warung Makan Sahabat ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di Chow Kit. foto AFIQ HAMBALI, 19 NOVEMBER 2020
Mak Wan memastikan para gelandangan beratur untuk mendapatkan makanan di Warung Makan Sahabat ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di Chow Kit. foto AFIQ HAMBALI, 19 NOVEMBER 2020

Mak Wan mengedarkan pelitup muka kepada para gelandangan di Warung Makan Sahabat ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di Chow Kit. foto AFIQ HAMBALI, 19 NOVEMBER 2020
Mak Wan mengedarkan pelitup muka kepada para gelandangan di Warung Makan Sahabat ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di Chow Kit. foto AFIQ HAMBALI, 19 NOVEMBER 2020
Sebahagian daripada makanan yang disumbang di Warung Makan Sahabat untuk diberikan kepada golongan gelandangan ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di Chow Kit. foto AFIQ HAMBALI, 19 NOVEMBER 2020
Para gelandagan beratur untuk mendapatkan makanan yang disediakan di Warung Makan Sahabat ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di Chow Kit. foto AFIQ HAMBALI, 19 NOVEMBER 2020
Sebahagian daripada gelandagan beratur untuk mendapatkan makanan yang disediakan di Warung Makan Sahabat ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di Chow Kit. foto AFIQ HAMBALI, 19 NOVEMBER 2020
Sebahagian daripada gelandagan beratur untuk mendapatkan makanan yang disediakan di Warung Makan Sahabat ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di Chow Kit. foto AFIQ HAMBALI, 19 NOVEMBER 2020
Sebahagian daripada gelandagan beratur untuk mendapatkan makanan yang disediakan di Warung Makan Sahabat ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di Chow Kit. foto AFIQ HAMBALI, 19 NOVEMBER 2020
Sebahagian daripada gelandangan beratur untuk mendapatkan makanan di Warung Makan Sahabat ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di Chow Kit. foto AFIQ HAMBALI, 19 NOVEMBER 2020
Sebahagian daripada gelandagan membawa makanan yang disediakan di Warung Makan Sahabat ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di Chow Kit. foto AFIQ HAMBALI, 19 NOVEMBER 2020
Sebahagian daripada gelandagan beratur untuk mendapatkan makanan yang disediakan di Warung Makan Sahabat ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di Chow Kit. foto AFIQ HAMBALI, 19 NOVEMBER 2020
Sebahagian daripada gelandagan sedang makan setelah mendapatkan makanan yang disediakan di Warung Makan Sahabat ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di Chow Kit. foto AFIQ HAMBALI, 19 NOVEMBER 2020
Sebahagian daripada gelandagan makan makanan yang disediakan di Warung Makan Sahabat ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di Chow Kit. foto AFIQ HAMBALI, 19 NOVEMBER 2020
Gelagat pembantu Mak Wan selepas selesai mengagihkan makanan di Warung Makan Sahabat ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di Chow Kit. foto AFIQ HAMBALI, 19 NOVEMBER 2020
Mak Wan berbual sesuatu dengan jirannya selepas selesai tugasnya di Warung Makan Sahabat ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di Chow Kit. foto AFIQ HAMBALI, 19 NOVEMBER 2020
Mak Wan berbual sesuatu dengan jirannya selepas selesai tugasnya di Warung Makan Sahabat ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di Chow Kit. foto AFIQ HAMBALI, 19 NOVEMBER 2020
Mak Wan melihat keadaan bilik pembantunya yang sedang dibaik pulih ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di Chow Kit. foto AFIQ HAMBALI, 19 NOVEMBER 2020
Mak Wan mengemas selepas selesai mengagihkan makanan di Warung Makan Sahabat ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di Chow Kit. foto AFIQ HAMBALI, 19 NOVEMBER 2020
Mak Wan berbual bersama pembantunya selepas selesai mengagihkan makanan di Warung Makan Sahabat ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di Chow Kit. foto AFIQ HAMBALI, 19 NOVEMBER 2020
Sebahagian daripada sijil yang diterima oleh Mak Wan ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di Chow Kit. foto AFIQ HAMBALI, 19 NOVEMBER 2020
Mak Wan berbual bersama pembantunya selepas selesai mengagihkan makanan di Warung Makan Sahabat ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di Chow Kit. foto AFIQ HAMBALI, 19 NOVEMBER 2020
Al Quran menjadi peneman hidup Mak Wan ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di Chow Kit. foto AFIQ HAMBALI, 19 NOVEMBER 2020
Mak Wan menunaikan solat selepas selesai mengagihkan makanan di Warung Makan Sahabat ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di Chow Kit. foto AFIQ HAMBALI, 19 NOVEMBER 2020
Mak Wan menunaikan solat selepas selesai mengagihkan makanan di Warung Makan Sahabat ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di Chow Kit. foto AFIQ HAMBALI, 19 NOVEMBER 2020