Home Dunia 5 cedera ditikam di Jerman, suspek ditahan

5 cedera ditikam di Jerman, suspek ditahan

Seorang wanita tampil membuat laporan polis selepas sepupunya terlantar di Hospital Tawau, dipercayai akibat ditikam dan dipukul di kawasan antara Lorong Jalan Merdeka 3 dan bank CIMB di Fajar di sini, awal pagi tadi.
Gambar hiasan.

BERLIN – Lima orang mangsa cedera ditikam dengan pisau dalam kejadian di bandar Oberhausen, di barat Jerman.

Suspek berjaya ditahan.

Mangsa-mangsa yang cedera kini menerima rawatan di unit rawatan rapi dan seorang daripada mereka dilaporkan dalam keadaan kritikal.

Punca kejadian masih belum diketahui.

Namun, menurut polis, insiden itu dipercayai berlaku akibat pertikaian keluarga, sekali gus menolak perbuatan pengganas.

Setakat ini siasatan masih dijalankan. – MalaysiaGazette