Kementerian Wilayah Persekutuan (KWP) masih mengesan segelintir warga asing yang menjalankan aktiviti perniagaan di kawasan bersebelahan dengan Pasar Borong Kuala Lumpur (PBKL).
Menterinya, Tan Sri Annuar Musa berkata, walaupun Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) telah menguatkuasa undang-undang, namun masih ada pekerja asing yang berniaga di kaki lima sekitar bangunan bersebelahan.