Home Nasional Kecam larangan jual arak berniat jahat – ISMA

Kecam larangan jual arak berniat jahat – ISMA

Kenyataan Presiden Persatuan Kebangsaan (Patriot), Arshad Raji yang mengecam larangan penjualan alkohol sebagai tidak berasas dan berniat jahat.- Gambar hiasan.

KUALA LUMPUR – Kenyataan Presiden Persatuan Kebangsaan (Patriot), Arshad Raji yang mengecam larangan penjualan alkohol sebagai tidak berasas dan berniat jahat.

Arak adalah minuman yang merosakkan dan digunakan oleh golongan kapitalis untuk mengaut keuntungan berlipat ganda dan sebagai alat untuk menjauhkan manusia dari agama dan kehidupan yang baik.

Mudarat yang ditinggalkan oleh arak adalah amat besar jika dibandingkan dengan yang lain.

Oleh itu, membandingkan di antara mudarat arak dan rasuah adalah tidak kena kerana kedua-duanya memberikan mudarat dari sudut yang berbeza.

Sebaliknya, kedua-duanya mesti diperangi dan dibenteras.

Lantaran itu, kata, Timbalan Presiden, Pertubuhan Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA), Muhammad Fauzi Asmuni berkata, adalah tidak adil untuk menimbulkan persoalan seolah-olah pihak yang ingin membanteras arak tidak kisah dengan gejala rasuah.

Cadangannya agar larangan penjualan alkohol itu dirunding terlebih dahulu dengan peniaga juga bukanlah jalan menuju kepada penyelesaian.

Ini kerana, apa juga minuman yang memudaratkan sepatutnya tidak dijual dari peringkat awal lagi.

”Mengambil keuntungan dari sesuatu yang memudaratkan orang ramai bukanlah tindakan yang boleh dikompromi.

”Negara juga tidak akan rugi jika tidak dapat mengutip cukai arak kerana sebenarnya kos negara di dalam menguruskan kesan arak kepada kesihatan, kematian, masalah sosial dan sebagainya adalah juga tinggi,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Tambahnya, secara umum sesiapa sahaja yang mempunyai kaitan dengan arak sama ada peminum, peniaga, pengilang dan pengeluar mempunyai kaitan dengan pemikiran liberal, merupakan pemikiran yang telah merosakkan oleh Barat. – MalaysiaGazette

ARTIKEL BERKAITAN:

Patriot persoal mana lebih buruk, minum arak atau rasuah?