Home Nasional Tangguh misi luar negara, Kelab Putera1Malaysia tumpu kerja amal

Tangguh misi luar negara, Kelab Putera1Malaysia tumpu kerja amal

Datuk Abdul Mutalif Abdul Rahim

PETALING JAYA – Kelab Putera 1Malaysia menangguhkan misi bantuan kemanusiaan ke tiga buah negara bagi memberi tumpuan untuk melakukan kerja-kerja amal di dalam negara.

Bendahari Kehormatnya, Datuk Abdul Mutalif Abdul Rahim berkata, sepatutnya ada beberapa kumpulan daripada kelab itu pergi ke Somalia, Filipina dan Myanmar dalam bulan Ramadan ini.

“Memandangkan keadaan tidak sesuai dan di dalam negara pun banyak kerja-kerja amal yang perlu dilakukan jadi, kita tangguhkan dulu hasrat itu.

“Insya Allah kita akan sambung balik kerja-kerja amal itu nanti yang akan dibuat mengikut perancangan,” katanya ketika ditemui pada program Gempak Raya Jualan Diskaun 30 peratus Datuk Talif di sini hari ini.

Menurut Abdul Mutalif lagi, Kelab Putera 1Malaysia tidak akan sepi dengan aktiviti-aktiviti sebaliknya kelab itu sentiasa melakukan kerja-kerja amal sebagaimana yang diarahkan oleh Presidennya, Datuk Seri Abdul Azeez Rahim. – MalaysiaGazette