KUALA LUMPUR – Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) diminta membatalkan larangan penjualan minuman keras di pelbagai kedai, kedai runcit, kedai serbaneka dan kedai ubat Cina bagi menghormati hak orang bukan Islam.
Bekas Panglima Angkatan Tentera (PAT), Jeneral (B) Tan Sri Hashim Mohd Ali berkata, sehak turun-temurun, tidak pernah ada masalah dalam penjualan minuman keras dari kedai-kedai berkenaan selain negara ini berbilang bangsa.
Lagi pun, menurutnya, tidak ada kajian dan bukti setempat yang menunjukkan penjualan minuman keras dari kedai-kedai tersebut telah dikaitkan dengan masalah memandu selepas meminum atau pun kesihatan.
Menurutnya, terdapat lebih banyak lagi perkara yang berbahaya, seperti rokok, yang dijual dari kedai-kedai ini dan tidak semestinya ada dua piawaian yang terlibat dalam mengeluarkan dasar sedemikian untuk mengekang penjualan minuman keras.
Lebih-lebih lagi, perkara terakhir yang diperlukan sekarang ialah soal ekonomi pasca wabak dalam membendung kegiatan perniagaan yang sah, katanya.
Lebih membimbangkan apabila Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Ahmad Marzuk Shaary menyatakan larangan itu mungkin akan diperluas lagi ke negeri-negeri lain, katanya.
”Saya hanya ingin mengingatkan menteri-menteri baru ini agar tidak terlalu bersemangat membuta tuli dalam menegakkan kepercayaan agama mereka ke atas rakyat Malaysia yang
beragama lain.
”Itu dengan sendirinya bertentangan dengan rukun-rukun asas Islam yang memerintahkan umat Islam yang berkuasa untuk melindungi hak dan kebebasan orang bukan Islam di
bawah jagaan mereka,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Sebelum itu, Persatuan Patriot Kebangsaan (Patriot) juga membantah peraturan yang sama dan presidennya, Datuk Mohamed Arshad Raji mempersoalkan adakah arak lebih buruk dari rasuah sehingga kerajaan Perikatan Nasional menerusi Kementerian Wilayah Persekutuan membuat keputusan menghentikan lesen penjualan minuman keras itu mulai Oktober tahun depan.- MalaysiaGazette
ARTIKEL BERKAITAN:
Dah tua pun bodoh
hak??hak sebagai orang bukan ISLAM??
bagaimana dengan hak KESELAMATAN orang lain????
sebelum nie kebebasan dah diberi atas dasar menghormati hak orang bukan ISLAM,
tapi tengok apa jadi akhir2 nie??
berapa banyak nyawa melayang dan berapa ramai mangsa cedera berpunca daripada haramjadah2 yg tidak memikirkan soal keselamatan orang lain???
kalau betul nak perjuangkan hak mereka sebagai orang bukan ISLAM,
tolong desak dulu badan berkaitan untuk menambah baik akta supaya pesalah bukan hanya didenda dan dipenjara,tapi juga disebat,
ini adalah demi keselamatan semua rakyat Malaysia