Home Nasional Koperal Baharuddin akan dikebumikan dengan istiadat penuh penghormatan polis – KPN

Koperal Baharuddin akan dikebumikan dengan istiadat penuh penghormatan polis – KPN

Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador. foto HAZROL ZAINAL, 24 NOVEMBER 2020.

KUALA LUMPUR – Anggota Pasukan Gerakan Am (PGA) yang terkorban dalam insiden serangan penyeludup di Pos Kawalan Sempadan Malaysia-Thailand di Padang Besar, Perlis awal pagi akan dikebumikan dengan istiadat penuh penghormatan polis.

Ketua Polis Negara (KPN), Tan Sri Abdul Hamid Bador yang mezahirkan ucapan takziah kepada keluarga mendiang Korperal Baharuddin Ramli menyifatkan beliau seorang anggota yang berpengalaman.

Katanya, mendiang telah menjalani kurusus Komando 69 (VAT69) dan berkhidmat selama 35 tahun secara cemerlang seperti mana rakannya yang parah dalam kejadian itu, Korperal Nurihan A/L Tari, 39, yang telah berkhidmatn selama 17 tahun dalam PGA.

Menurut Abdul Hamid, selepas meninjau di lokasi serangan beliau melawat Koperal Norihan di Hospital Tengku Fauziah, Kangar dan keadaannya stabil walaupun badannya terkena tiga butir peluru penyeludup semasa insiden tersebut.

“Pengarah Hospital berkenaan memberitahu bahawa sebutir pelurunya telah menembusi usus dan dua lagi tidak mencederakan mana-mana organ penting badan.

“Dia dilihat berani dan telah dibawa ke bilik pembedahan untuk menjahit usus yang pecah akibat ditembusi peluru musuh, saya doakan beliau cepat pulih seperti sedia kala.

“Manakala jenazah mendiang Baharuddin masih diletakkan di Alor Setar dan lepas bedah siasat akan dibawa ke Kampung Sungai Sampong Bahau Negeri Sembilan esok untuk dikebumikan.

“Saya sudah arahkan PDRM untuk memastikan jenazah Baharuddin dikebumikan dengan penuh istiadat penghormatan polis nanti,” katanya dalam sidang media di Bukit Aman malam ini.

Abdul Hamud berkata, pemergian Baharuddin merupakan gugurnya seorang pahlawan yang mempertahankan kedaulatan sempadan negara daripada dibocori musuh.

Ujarnya, polis juga akan menyediakan bantuan kebajikan untuk kedua-dua keluarga anggota PGA itu. – MalaysiaGazette