Home Seni Hidup Pemain dram Alif Satar positif Covid-19

Pemain dram Alif Satar positif Covid-19

Rajwan.

KUALA LUMPUR – Pemain dram kumpulan Alif & The Locos yang dikenali sebagai Rajwan merupakan individu terbaharu yang disahkan telah positif Covid-19.

Perkara tersebut telah dikongsikan sendiri oleh Rajwan menerusi Instagram miliknya.

Dia bersama kumpulan The Locos turut membuat persembahan di Separuh Akhir Muzik-Muzik 35 (SFMM35) bersama Alif Satar pada pada Jumaat lalu sebelum penyanyi itu disahkan positif Covid-19 Ahad lalu.

“Salam teman-teman semua.. Buat pengetahuan semua, semalam pada 23hb saya telah membuat swab test kali kedua.

“Dan pada pagi tadi (semalam) pihak hospital telah mengesahkan saya positive Covid-19… Saya memohon doa dari teman-teman semua agar diberikan kesembuhan,” tulisnya.

Rajwan juga adalah pemuzik untuk rancangannya iaitu The Sherry Show. – MalaysiaGazette