Perkara itu disahkan Ketua Polis Perlis Datuk Surina Saad.
Suspek utama merupakan warga tempatan berusia 45 tahun, katanya ketika dihubungi Bernama di sini.
Terdahulu, perintah reman hingga 2 Dis ini terhadap empat lelaki terbabit dikeluarkan Pendaftar Majistret Kangar Monica Joseph Gaisah yang membenarkan permohonan pihak polis.
Keempat-empat suspek berusia 26 hingga 45 tahun terbabit yang berpakaian lokap dan bergari, tiba di kompleks mahkamah pada 9.10 pagi dan dibawa keluar dari bilik reman kira-kira 50 minit kemudian.
Dalam insiden awal pagi Selasa, Sarjan Baharuddin Ramli, 54, terbunuh manakala rakannya Sarjan Norihan a/l Tari, 39, cedera parah dalam kejadian berbalas tembakan dengan sekumpulan penyeludup, kira-kira 600 meter dari pos kawalan TS9 di Padang Besar, Perlis.
Semalam, 15 warga tempatan diperintahkan direman selama empat hari manakala tiga rakyat Thailand direman seminggu bagi membantu siasatan kes itu. – MalaysiaGazette