KUALA LUMPUR – Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC), Datuk Seri Nancy Syukri memberitahu beliau tidak ada kontak dengan salah seorang pegawai Tourism Malaysia yang telah disahkan positif Covid-19.
Nancy berkata, semua pegawai dan kakitangan kementerian yang bertugas di ibu pejabatnya diarahkan menjalani kuarantin kendiri dan bekerja dari rumah berkuat kuasa hari ini.
Bagi menangani penularan wabak pandemik Covid-19, bangunan MOTAC di Putrajaya telah disanitasi oleh Kementerian Kesihatan (KKM) pada petang semalam.
Dalam pada itu, Nancy turut memberitahu sebagai langkah berjaga-jaga beliau telah menjalani ujian saringan Covid-19 petang semalam dan keputusannya juga adalah negatif.
Pagi ini, Dewan Rakyat pula di beritahu Ahli Parlimen itu akan menjalani satu lagi ujian Covid-19 bagi memastikan semuanya benar-benar selamat.
Buat masa ini, beliau bekerja dari rumah dan tidak akan hadir sidang Parlimen. -MalaysiaGazette