Home Ekonomi Bursa Malaysia teruskan momentum peningkatan

Bursa Malaysia teruskan momentum peningkatan

Bursa Malaysia memulakan dagangan Jumaat dengan lebih rendah susulan aktiviti pengambilan untung selepas pasaran mencatat peningkatan ketara selama lima hari berturut-turut.

KUALA LUMPUR- Saham di Bursa Malaysia meneruskan momentum peningkatan semalam untuk dibuka tinggi pada sesi dagangan awal pagi ini, didorong oleh permintaan kukuh daripada pelabur tempatan dan antarabangsa.

Pada pukul 9.03 pagi, indeks penanda aras FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) mengukuh 6.12 mata kepada 1,618.23 berbanding 1,612.11 ketika ditutup semalam.

Indeks utama dibuka 3.09 mata lebih tinggi pada 1,615.20.

Di keseluruhan pasaran, kaunter untung mengatasi rugi dengan 306 berbalas 140 manakala 312 kaunter tidak berubah, 1,413 tidak diniagakan dan 88 yang lain digantung.

Jumlah dagangan ialah 672.90 juta saham bernilai RM174.70 juta.

Malacca Securities dalam nota ekuitinya hari ini berkata perkembangan positif selepas Belanjawan 2021 diluluskan telah menyerapkan keyakinan yang lebih tinggi terhadap pasaran Malaysia dengan FBM KLCI melonjak melepasi paras psikologi 1,600 semalam.

“Dengan segala ketidakpastian sebelum ini telah terhakis, fokus kini tertumpu kepada perkembangan pemulihan ekonomi. Dengan itu, kami mengunjurkan momentum positif akan kembali dalam tempoh terdekat ini,” katanya.- Bernama