LONDON – Southampton dilaporkan berminat untuk mendapatkan pemain muda, Manchester United, Brandon Williams secara pinjaman namun kelab Liga Perdana Inggeris (EPL) itu perlu bersaing dengan beberapa kelab lain.
Pemain berusia 20 tahun itu kini sukar untuk menembusi skuad utama United selepas Luke Shaw menjadi pilihan utama di barisan pertahanan kiri.
Malah kehadiran Alex Telles yang tiba dari Porto semasa jendela perpindahan lalu turut menimbulkan persaingan sengit di posisi itu.
Musim lalu, Williams membuat kejutan apabila beraksi cemerlang kerana beraksi sebanyak 17 perlawanan di EPL dengan menjaringkan satu gol.
Dia telah menunjukan aksi yang hebat di luar jangkaan sehingga membuatkan pengurus United, Ole Gunnar Solskjaer membawa pemain itu ke pasukan senior United. – MalaysiaGazette