Home Ekonomi Perniagaan diramal lebih baik S42020

Perniagaan diramal lebih baik S42020

Foto hiasan

KUALA LUMPUR – Para peniaga meramalkan prestasi perniagaan lebih baik pada suku keempat 2020 dengan menunjukkan tanda-tanda pemulihan tetapi peniaga-peniaga masih kekal pesimis.

Berdasarkan Statistik Kecenderungan Perniagaan Suku Tahun Keempat 2020 mendapati -10.8 peratus kekal pesimis berbanding -21 peratus tempoh sama tahun lalu disebabkan oleh penguatkuasaan semula Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).

Menurut Ketua Perawangkan Malaysia, Datuk Seri Mohd. Uzir Mahidin, di antara semua sektor yang terlibat dalam kaji selidik berkenaan, industri perdagangan borong dan runcit serta perkhidmatan diramalkan lebih baik pada suku keempat 2020 berbanding tempoh sama tahun lepas.

Jangkaan itu ditunjukkan oleh penambahbaikan yang ketara dalam petunjuk keyakinan sektor Industri dan Perdagangan Borong & Runcit masing-masing dengan -7.5 peratus dan -8.7 peratus pada suku keempat 2020 berbanding -24.0 peratus dan -22.3 peratus pada suku sebelumnya.

Jangkaan peniaga bertambah baik pada Oktober 2020 sehingga Mac 2021, dengan imbangan bersih keseluruhan mencatatkan -3.7 peratus berbanding -11.2 peratus yang direkodkan sebelum ini.

Sektor Industri optimis terhadap prestasi perniagaan dengan imbangan bersih +14.2 peratus berbanding -7.9 peratus bagi tempoh Julai sehingga Disember 2020.- MalaysiaGazette