Seorang pendakwah muda direman lima hari bermula hari ini sehingga Selasa depan bagi membantu siasatan kes merogol seorang gadis di sebuah rumah di Seksyen 7 di sini pada September tahun lalu.
Perintah reman terhadap suspek yang juga bekas peserta rancangan realiti televisyen berbentuk keagamaan itu dikeluarkan oleh Timbalan Pendaftar Mahkamah, Mohd. Zamir Suhaimee.