Home Dunia Indonesia kutuk kejadian majikan Malaysia dera amah

Indonesia kutuk kejadian majikan Malaysia dera amah

JAKARTA – Indonesia mengutuk keras kejadian melibatkan majikan Malaysia mendera pembantu rumahnya warga Indonesia baru-baru ini.

Kementerian Luar Indonesia berkata, sudah banyak kes sedemikian dilaporkan sejak beberapa tahun lepas.

Dalam satu kenyataan, kementerian itu berkata, mereka dimaklumkan oleh Kedutaan Indonesian di Kuala Lumpur yang mendapat tahu mengenai kejadian tersebut melalui sebuah badan bukan kerajaan Malaysia, Tenaganita.

“MH telah didera, dipukul dengan objek tumpul, ditoreh dengan objek tajam, disimbah air panas dan tidak diberi makan,” kata kementerian.

MH merujuk kepada seorang amah rakyat Indonesia yang diselamatkan oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM) pada Selasa lalu selepas didera oleh majikannya di Kuala Lumpur.

Pihak berkuasa Malaysia telah menghantar amah berkenaan ke Hospital Kuala Lumpur bagi mendapatkan rawatan.

“Kedutaan Indonesia di Kuala Lumpur akan terus membantu MH dan akan melantik seorang peguam bagi mengendalikan proses perundangan terhadap majikan beliau,” tambah kenyataan itu lagi.

Kerajaan Indonesia juga meminta pihak berkuasa Malaysia untuk melakukan pemantauan teliti serta bertegas dengan majikan Malaysia yang menggaji pekerja asing.

Selain itu, mereka juga menuntut supaya Malaysia memberi jaminan untuk melindungi pekerja-pekerja asing yang bekerja di negara ini.

“Indonesia masih lagi mendesak supaya pelanjutan memorandum persefahaman peletakan pembantu rumah dimuktamadkan segera,” tegas kementerian tersebut.- Jakarta Post

Artikel Berkaitan

http://https://malaysiagazette.com/2020/11/25/pembantu-rumah-cedera-teruk-didera/

 

1 Komen

  1. Ianya telah menjadi tajuk berita2 dunia. Bila agaknya kerajaan akan menyelesaikan kes rogol melibatkan seorang ADUN di Perak dan yang terkini kes penderaan pembantu rumah Indonesia?

    Kerajaan perlu bertindak cepat kerana ianya melibatkan imej negara dimata dunia!

Comments are closed.