12.8 Juta Dos Vaksin Covid-19 Untuk Rakyat Malaysia Tahun Depan | EDISI MG 7.45mlm – 27 Nov 2020

Berita baik buat rakyat di negara ini, kerajaan telah menandatangani perjanjian pembelian awal vaksin Covid-19 dengan syarikat farmaseutikal berpengkalan di New York, Pfizer untuk mendapatkan bekalan sebanyak 12.8 juta dos vaksin tersebut.

Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, pada 9 November lalu Pfizer menyatakan bahawa analisis data interim pertama menunjukkan keberkesanan vaksin (vaccine efficacy) tersebut adalah 95 peratus.