Yayasan Bank Rakyat hari ini menyalurkan bantuan sebanyak RM50,000 kepada 250 keluarga yang terjejas akibat banjir kilat yang berlaku di sekitar ibu negara pada 17 November lalu.
Pengerusinya, Datuk Nazir Hussain Akhtar Hussin berkata, peruntukan mangsa banjir itu bukan sahaja kepada penduduk Kampung Baru, bahkan ia melibatkan Kampung Baru, Taman Maluri dan Keramat.