PHILADELPHIA – Mahkamah Rayuan Persekutuan Pennsylvania menolak percubaan Presiden Donald Trump untuk menyekat pemilihan Joe Biden daripada diisytiharkan sebagai pemenang di negeri ini.
“Pilihan raya yang bebas dan adil adalah nadi demokrasi kita. Mendakwa pilihan raya tidak adil adalah serius,” tulis Stephanos Bibas bagi pihak panel tiga hakim.
Bibas berkata, setiap tuduhan memerlukan dakwaan khusus danĀ bukti.
“Perkara itu tidak berlaku di sini,” tambahnya.
Pennsylvania mengesahkan Biden, yang mendapat 80,000 undi sebagai pemenang.
Di bawah undang-undang Pennsylvania, calon yang menang undi popular di negeri ini mendapat 20 undi pilihan raya negeri.
Trump, dari Republikan, enggan mengakui kemenangan Biden, saingannya dari Demokrat dan mendakwa berlaku penyelewengan undi.
Biden memenangi Pilihan Raya Presiden selepas memperoleh 306 undi berbanding 232 yang diterima oleh Trump, termasuk 20 di Pennsylvania.
Walaupun Trump dan para penyokongnya meneruskan tindakan undang-undang, namun tempoh hampir berakhir kerana negeri-negeri diberi masa sehingga 8 Disember untuk menyelesaikan pertikaian pilihan raya.
Pakar undang-undang mengatakan kes-kes tersebut tidak berpeluang untuk berjaya tetapi berupaya merosakkan keyakinan terhadap pilihan raya. – MalaysiaGazette