Home Nasional Saringan Covid-19 untuk pekerja asing bermula 1 Disember ini

Saringan Covid-19 untuk pekerja asing bermula 1 Disember ini

Tahun 2020 ini menyaksikan kehidupan rakyat di negara kita makin tersepit dan terhimpit apabila ramai yang hilang pekerjaan, seterusnya tahun ini yang bakal berakhir beberapa minggu lagi akan menutup lembaran dengan keadaan yang suram.- Gambar hiasan.

KUALA LUMPUR – Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) akan melaksanakan Program Saringan Covid-19 bagi pekerja asing secara bersasar berdasarkan lokaliti zon merah yang mempunyai kepadatan tinggi.

Menteri Sumber Manusia (KSM) M. Saravanan berkata, saringan akan dibuat secara berjadual dan berperingkat-peringkat mulai 1 Disember 2020.

“Bagi membolehkan program dijalankan secara komprehensif, saringan Covid-19 ini akan dilaksanakan oleh Perkeso dengan kerjasama klinik dan hospital swasta,” katanya menerusi kenyataan.

Inisiatif ini diambil selepas Menteri Kanan Keselamatan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob memaklumkan prosedur pelaksanaan saringan Covid-19 kepada semua pekerja asing bermula di Selangor, Kuala Lumpur dan Labuan , Negeri Sembilan, Pulau Pinang dan Sabah.

Jelas beliau, bagi pekerja asing yang bukan pencarum Perkeso, kos saringan perlu ditanggung sepenuhnya oleh pihak majikan.

Kata Saravanan, ujian akan menggunakan kaedah RTK Antigen yang diluluskan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia dan kit ujian akan dibiayai oleh Perkeso.

Manakala pihak majikan hanya perlu membiayai kos perkhidmatan yang dikenakan oleh klinik atau hospital.

Bagi daerah Klang dan Seremban ujian saringan pekerja asing di zon tumpuan bermula 1 Disember 2020, lain-lain daerah zon merah di Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Pulau
Pinang pula bermula 9 Disember 2020

Seterusnya, seluruh Negeri Sabah, Wilayah Persekutuan Labuan dan lain-lain daerah di negeri Selangor, Pulau Pinang dan Negeri Sembilan pada 16 Disember 2020.- MalaysiaGazette